Sep 14, 2012

New looks!



Salam..

I love photography and editing pictures. As today I have nothing to do during my lunch time (puasa sunat hari ni), so I have decided to made some arrangements to this blog. It is more to refreshment to me. So this is the results! Hopefully it is not too overlooked. 

Till then...see ya!!


bye bye!!








Sep 13, 2012

Tak perlu kata apa2..

Salam..just a quick update..and only photos available..bak kata tajuk kt atas tu..tak perlu kata ape2... mmg xde idea..sbb tu dh lama dibiarkan bersawang...layan gambar ajelah...gambar my sayang la sape lg..hehe















END!!

Jul 5, 2012

# Picas3

Indahnya ciptaan Allah.

Pic taken during my journey back to Salak Tinggi.
Somewhere in Bukit Putus highway..

5 malam yang barakah..

Semalam amik cuti sebab Cik Melur demam..Demam nak besar agaknya...hehe Almaklumlah anak dara saya tu dah masuk setahun ahad lepas..makin keletah dan makin ligat..tp mulut senyap aje... orang kata budak kalau dapat kaki dulu mesti akan lambat bercakap..mm nampak gayanya betullah pepatah tu untuk Cik Melur ni..tangan kaki memang ligat tp mulut alahai katup terus... Once in a blue moon adalah jugak terdengar "Mama" "Bahbah"...ok lah tu dari tak dengar langsung kan...

Mm saja nak kongsikan kat sini, semalam ada terdengar dalam berita cerita pasal nisfu sya'ban..pastu ada ustaz ni highlight pasal 5 malam yang Allah kabulkan doa kepada hambaNya yang berdoa pada malam tersebut:

  • Malam Jumaat- malam yang memang sumer orang dah tau banyak hikmatnya.. sebab tu masa kat sekolah dulu2 tiap2 malam jumaat akan ada baca Yasin kat surau..itu pun kadang2 mengelat jugak..Almaklumah zaman remaja riang ria lah katakan..

  • Malam 1 Rejab- Yang ni aku baru tau..tp kebaikan bulan rejab memang banyak dan ada hari2 istimewa bulan rejab seperti Israk mikraj, Hijrah pertama dalam islam juga berlaku dlm bulan rejab. Sebab tu kita disunatkan banyakan berpuasa di bulan rajab atau bulan Allah ini..

  • Malam nisfu Sya'ban atau 15 sya'ba. Nisfu=separuh. (nak tau lebih lanjut silalah tanya En. gogle sebab diri sendiri pun baca dr sumber2 dr google jugak. tp perlu berhati2 dan pilih sumber2 yang boleh dipercayai sahaja)

  • Malam AidilFitri- Malam ni sepatutnya kita perbanyakan amalan dan bertakbir. Tp selalunya malam ni la sibuk nak masak rendang, ketupat, main bunga api dsb (bukan cakap kt org lain tp diri sendiri). Bila dah siap masak sibuk nak makan pulak kan..padahal esoknya dah tak puasa boleh melantak segalanya...haha..tp inilah hakikat yang berlaku setiap kali malam raya..

  • Malam AidilAdha- malam ni pun sama, tp tak lah semeriah malam AidilFitri. biasa2 aja sebab kampung mak ayah di Pahang. so AidilAdha disambut biasa2 aja..InsyaAllah lepas ini akan perbaiki diri dan lebih menghargai dan manfaatkan malam2 tersebut..

Marilah kita sama2 banyakkan amalan pada malam tersebut. Tidak dilupakan juga pada malam2 yang lain..Cuma pada malam ini Allah beri lebih banyak kelebihan buat hambaNya yang mengingati-Nya pada malam2 tersebut. Amin..

Jun 20, 2012

Buat cik Abah:


Happy Father's Day Cik Abah!!

We both love you so much!!

Thank you for everything you have done to cheer up our family..

Thank you for being a an understanding husband as well Abah..

Thank you for everything!

Millions of thank you!

You are such a great father!!

mmmuuuaaahhh!!!

Melur: I love this place sooo much!!

Thank you for bring me here everyday!! 

May 31, 2012

Wahh..sangat lama tidak berblog...juz berblog walking sana-sini..hehe..

ok kita dahulukan dengan Bismillahirrahmanirrahim..;p

Sangat byk kisah yang terjadi sepanjang blog ni kutinggalkan..tp biarlah ianya rahsia...hehe

Sebenarnya hidup sangat bz dengan segala urusan duniawi yg tak kan pernah habis..tp nak buat macam mana.. itulah reality kehidupan yg kita mesti juga kita lalui sebelum menempuh alam SANA..

update kali ni pun xde rasa nak bercerita panjang..juz nak tepet gambar2 Cik Melur yang akan turns to 11 months old tomorrow...next month dah 1 year...cepatnya la masa berlalu..

Cik Melur's update:

  • 9M- start belajar berjalan..jalan-jatuh-bangun sml-jatuh lagi..belajar dgn gigih..
  • 10M- Dah cekap berjalan mula la pulak nak merayau sana-sini. Segala pintu bilik, bilik air, almari kena   tutup. Kalau tak mesti akan huru hara bilik tu..
  • "mengemas" pun teramat lah pandai sekarang ni...tak boleh tengok buku, paper or whatever benda atas rack/ meja mesti akan tarik ke bawah smp la clear rack tu..
  • kalau pergi dapur plak duk punggah segala tupperware yg ada..
  • "mamma" "abah" dah boleh sebut dgn clearnya...yg ni mama suka..;p Mulut pun boleh tahan becok..ambil buku sambil mulut bebel2..haha..
  • bila masuk kereta je mesti nak turn the wiper siap sekali ngn pancut air..kasi cuci itu cermin la...sambil jerit2 sengih nampak gigi kapak 4 batang..
ok la..td cakap nk cerita sikit je terjadi panjang lah pulak...kita layan gambar Cik Melur la plak..

Main tudung2..

"mama, sy nak main...xnk tido lagi la.."

Si Lady Bird mama n abah..

Ni muka sedih sbb mama nak hantar g taska..pandang mama pun xnk..

Saya Sangat Happy!! yeay!

Mama n abah melantak pizza, sy makan biskut tiger je...

Help me...i want to go out!! 

Melur..mama sayang kamu..

Syok aa duduk kt troli ni...tp kdang2 sy nangis nak keluar..


Mar 13, 2012

Terukir di bintang by Yuna

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

p/s: Dedicated to my beloved:

Abah and Melur: Mama Always love u both!!



Mar 12, 2012

# Picas 2


Merenung masa depan..
Dah besar jadi org yang baik2 ye sayang..

Mar 9, 2012

# Picas1

Today's picture =)


Picture was taken during my in law's wedding on 24 Dec 2011
Melur was 6 months old that time..

Mar 7, 2012

Ubat pulang kerja..

Semalam pulang dari kerja agak lewat. Pukul 6.30 baru smp rumah..huhu maafkan mama sayang sebab lewat.. Bila smp depan pintu rumah ada bunyi macam org ketuk2 dari belakang pintu. Sah, ni mesti kerja melur ni ada kat belakang pintu dengan walker dia. Dia la yang langgar belkang pintu tu..

Lepas tu buka pintu perlahan2, tengok memang betul dia ada di situ. Dari celah pintu intai dia, tbe2 dia pun sama tengah intai kita. Terus senyum tengok mama dia..mayb dah lama sangat tunggu mama dia tak sampai2 kot. Sejuk hati mama..hilang semua penat kerja bila disambut si kecil dengan senyuman lebar..=)

Bila buka pintu luas2 tengok xde pun org dalam rumah. Aik mana pulak abah ni, tinggal melur main sorang2.. Panggil2 abah pun xde sahutan. Dalam hati cakap mayb dlm toilet agaknya ni..

Tiba2. Haaaaa!!!!!!

Mak ai luruh jantung aku!!! Abah sergah dari belakang pintu. Memamng terkejut beruk dibuatnya. Melur pun sama bersubahat dengan abah untuk kenakan mama..Tersengih je tengok mama terkejut. Patutla dia asyik tengok2 dekat belakang pintu tu.. Rupanya ada abah dia menyorok nak kejutkan mama..

Huu kecik2 lagi dah pandai ye subahat kenakan mama..sayang mama ni memang la..tengok muka sengih xde gigi lagi tu terus tak jadi nak marah..alahai anak mama..

To date achievement:
- 8 months old on last 1st march.
- Dah pandai duduk dengan tegap.
- Dah merangkak bukan lg merayap. Tp bila kena kejar dengan abah n nak lari cepat2, dia akan merayap.
- Makan bubur tak payah blend lagi.
- Kuat makan. Tapi badan tak naik2 jugak.

Budak demam mata sepet baru bangun tido. (2minggu lepas)

Tengah tunggu turn check up, tu pun nak melasak bagai..@ KK Salak

Dua orang kesayangan mama =)

Mama ngan abah jangan kacau sarah nak tengok upin ipin ni..


-Sekian-

Feb 15, 2012

Hari ini..

Morning..hari ni terbangun lambat sikit sebab semalam tido lewat. Tp sepanjang minggu ni memang ada improvement dari segi bgn pagi. Mesti dikekalkan sehingga 40 hari. Orang kata if kita buat sesuatu selama 40 hari berturut2, ia akan menjadi habit dan akan kekal seterusnya. Habit bagus haruslah dikekalkan. Memang termasuk dalam azam tahun 2012 ni nak perbaiki diri untuk bangun awal dan pergi kerja awal..harap2 ianya menjadi..


Antara azam tahun 2012 ini juga ialah untuk memiliki sebuah rumah idaman. Hehe tak tahulah idaman ke tak. Tapi yang pastinya ianya bakal menjadi kenyataan tak lama lagi. Walaupun rasa sangat susah untuk membuat pilihan yang ada dan hati berbelah bahagi tapi harap2 pilihan ini adalah yang terbaik sekali untuk seisi keluarga. (mm kenapalah aku ni sgt susah utk membuat pilihan. kalau tak de pilihan pun susah juga). 


Juga sekarang tengah menjalankan aktiviti yang baru iaitu berkebun. Berkebun dalam pasu jer..hehe. Dah start dengan semaian anak benih sawi, kangkung, salad and tomato pada sabtu lepas. Dan anak benih telah pun bercambah dan minta di alihkan ke tempat (pasu) yang lebih selesa untuk membesar. Harap2 dalam masa sebulan (agaknya la) dapat menuai hasilnya. Dah tak payah beli dekat pasar lg...hehe..yang penting dapat elakkan dari memakan vege yang menggunakan pesticide. Tapi satu benda yang sgt2 takut untuk berkebun ni ialah ulat bulu. Ya Allah jauhkan makhluk itu dariku..


Dalam minggu ni terasa banyak benda yang berlaku. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan moga setiap keputusan yang dibuat (terutama pembelian rumah) adalah di naungi rahmatNya..

Feb 14, 2012

Melur DAh pandai duduk!

Hampir 2 minggu tidak menulis..Hidup sangat busy..hal keluarga, hal kerja yang memang tiada kesudahan..blog ini wujud adalah lebih kepada catatan perkembangan si comel saya di samping aktiviti kehidupan yang saya jalani. It is quite bored actually. If u think it is not worth to read, just leave this blog. I don't mind. Because this is just a simple journey of a new mother in growing up her child.

Melur sekarang dah 7.5 bulan. Alhamdulillah dah pandai duduk sikit2. Hampir 2 minggu juga dia bekerja keras belajar duduk. And now boleh dikatakan sudah berjaya. Mungkin lg 2 minggu akan berjaya sepenuhnya. Sekarang ni masih perlu di support dari belakang apabila dia dah berjaya duduk tu. If tak jaga-jaga boleh terbalik semula ke belakang.

Sekarang ni jugak masa tidurnya juga berkurang. Tengah actif melasak sana sini. Hampir setiap malam berperang nak tidurkan dia. Even dah tutup semua lampu pun dia masih merayau-rayau serata tilam. Tapi yang kelakarnya dia tak berani turun drpd tilam. Maybe sebab takut keadaan di sekitar gelap. Haha. itu saja yang mama boleh buat. Sebab mama dan abah juga nak berehat cik melur oi.. Masa hujung minggu je la yang ada untuk kita main2..

Sebab  tu bila ada org yang masih ambil masa hujung minggu untuk bekerja memang aku bangkang. Masa tu je la yang ada untuk kita spent time with our family. 'Quality time' ye.. Bila lagi nak tengok anak grow up depan mata. sebab peluang tu hanya datang sekali shj. Lain anak lain karenahnya.

mm Ok lah, kita layan gambar cik melur plak...

Melur with mama. Setiap hari nak g kerja mesti start enjin mama dulu.


Si sepet.


Her favourite TV show: Upin Ipin & Hi5


Ni umur 4 bulan. Masih botak.


Sambil tengok tv hisap jari peluk cik Ulat. Terbaeekkk...

Feb 2, 2012

Serangan Cik Ti!

Isnin lalu aku balik kerja awal. Sebab lab tiada elektrik dari petang ahad lagi. Masa on the way tu dah plan nak kemas dapur laa.. Memang dah lama plan nak basuh dapur tu sejak berlaku serangan Cik Ti 2 bulan lepas. Cik Ti tu aka TIKUS ye..aku berjaya menumpaskan anak beranak Cik Ti sebanyak 3 ekor. Yang tinggal hanyalah sisa2 tinggalan Cik Ti ni masih ada kat dapur tu. Tu yang plan nak basuh je la dapur bagi wangi semula..hehe..

Sesampai dirumah, rehat2 jap then terus ambil penyapu kemas dapur. So petang tu amatlah bekerja keras, bermandi peluh membasuh. Selepas 2jam berhempas pulas, then boleh senyum lihat dapur sudah cantik. Wah semangat untuk memasak telah kembali.!

BUT….bangun tido pagi semalam (rabu) tiba2 hidung ni terbau busuk? Aik, tak kan bau dari pampers cik Melur ni..Mintak hubby tolong buang sampah. Tapi petang tu masih berbau semacam lagi. Mm rasanya dapur ku yang wangi itu telah dicemari kembali. So malam tadi pasang perangkap dengan umpan ikan bilis aje.

Hubby terbangun pukul 3 pergi dapur then ternampak…jeng jeng jeng…perangkap sudah mengena..Mari kita lihat ape yang kena!!! haha padan muka kau Cik Ti! Inilah akibat membuat onar di dapur rumahku. Akan ku cari sampai ke lubang rumahmu…seekor telah berjaya ditumpaskan. Malam ni nak pasang perangkap lagi Sebab mak cakap tikus ni dia bukan hidup sebatang kara, ada anak bini dia. So pasang lagi..lagi dan lagi..hinggalah pupus anak bini dia.


 
Inilah akibat baut onar di dapur rumahku..
lepas ni pesan dekat anak cucu jgn masuk rumah ni lg...

till then..(";)

Feb 1, 2012

MAnners itu penting!

MANNERS..ape itu MANNERS? It is a correct way of acting atau dengan kata lain 'etiquette'.

NAk dijadikan cerita, pada petang ahad lepas ada installer dari Astro datang ke rumah untuk install decoder baru. Sebab yang lama ada problem with the signalling dish receiver. Apa2 sajalah. Dah malas nak layan karenah org2 Astro ni yang banyak prosedur yang tidak masuk akal. Hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira kepuasa hati pelanggan. Kalau di ikutkan, memang nak banned terus Astro di rumah, but in a way to terminate it, we must to fullfill the one year contract. If not, they will charge you RM500 for breaking the contract. So nak tak nak kitorg pun sambung lah semula..

Ok lah pasal tu..yang nak cerita ni pasal that guy yang datang install tu. Masuk rumah orang dengan muka bengis macam perompak. Terus tanya mana? mana? Mana ape? ktorg tunjuk kat tv. Then dia trus keluar semula and masuk semula dengan kotak decoder baru. Lepas tu buka kotak dengan ganasnya sambil hentak2 kt lantai, trus dia keluar semula. My cik abang pun ikut sama, tengok sorg lg member dia tengah tukar receiver dish yang baru. Tak sampai 2 minit my cik abang masuk rumah semula sambil cakap " tak de manners langsung orang ni, muka masam mencuka, masuk rumah org pun lagak macam samseng. orang yg macam ni ke bekerja untuk serve the service?"


Kitorang pun senyap je tak cakap ape sepanjang dia buat kerja. Very rude and clumsy. Biaq pi la dia. PMS agaknya. Bawak van pun tergesa-gesa. Maybe masih ada byk rumah lg kena pergi untuk install astro. Lagi2 plak kena kerja di petang ahad yang sepatutnya sumer org duduk di rumah berehat2..
Itulah agaknya dia serabut semacam je..

Tapi agak2 la jugak..walau macam mana sekalipun, itu kerja kita, sumber rezeki nak bg makan anak bini..Manners tetap kena jaga. Sebab itulah yang mencerminkan diri kita walau kat mana kita berada. Tak perlu double standard. Sebab semua org pun sama..


"Change because you want to. Not because someone else wants you to."

Jan 19, 2012

Suatu masa dahulu..


Just now, when i make an arrangement to all files in this computer suddenly came across to this picture. Photo was taken when we had our dinner at Lala Tomyam in Kampung baru. During that time it was my first year of marriage and i was masih kurus. But now, after giving birth to my Melur Maisarah, i have put on weight! Although it is not much (i think so) but i feel different. Even though i'm worried about that but i'm still done nothing to get back in shape. Ok, stop complaining mama..you have to work for it. Nothing will change if you just complaining without taking any action..


So...Melur, pls help mama burns the calories by chasing you all over the house.

...
...
...

BUT...
..
...
...
...
Jangan nakal2 tau...

Jan 17, 2012