Jul 5, 2012

# Picas3

Indahnya ciptaan Allah.

Pic taken during my journey back to Salak Tinggi.
Somewhere in Bukit Putus highway..

5 malam yang barakah..

Semalam amik cuti sebab Cik Melur demam..Demam nak besar agaknya...hehe Almaklumlah anak dara saya tu dah masuk setahun ahad lepas..makin keletah dan makin ligat..tp mulut senyap aje... orang kata budak kalau dapat kaki dulu mesti akan lambat bercakap..mm nampak gayanya betullah pepatah tu untuk Cik Melur ni..tangan kaki memang ligat tp mulut alahai katup terus... Once in a blue moon adalah jugak terdengar "Mama" "Bahbah"...ok lah tu dari tak dengar langsung kan...

Mm saja nak kongsikan kat sini, semalam ada terdengar dalam berita cerita pasal nisfu sya'ban..pastu ada ustaz ni highlight pasal 5 malam yang Allah kabulkan doa kepada hambaNya yang berdoa pada malam tersebut:

  • Malam Jumaat- malam yang memang sumer orang dah tau banyak hikmatnya.. sebab tu masa kat sekolah dulu2 tiap2 malam jumaat akan ada baca Yasin kat surau..itu pun kadang2 mengelat jugak..Almaklumah zaman remaja riang ria lah katakan..

  • Malam 1 Rejab- Yang ni aku baru tau..tp kebaikan bulan rejab memang banyak dan ada hari2 istimewa bulan rejab seperti Israk mikraj, Hijrah pertama dalam islam juga berlaku dlm bulan rejab. Sebab tu kita disunatkan banyakan berpuasa di bulan rajab atau bulan Allah ini..

  • Malam nisfu Sya'ban atau 15 sya'ba. Nisfu=separuh. (nak tau lebih lanjut silalah tanya En. gogle sebab diri sendiri pun baca dr sumber2 dr google jugak. tp perlu berhati2 dan pilih sumber2 yang boleh dipercayai sahaja)

  • Malam AidilFitri- Malam ni sepatutnya kita perbanyakan amalan dan bertakbir. Tp selalunya malam ni la sibuk nak masak rendang, ketupat, main bunga api dsb (bukan cakap kt org lain tp diri sendiri). Bila dah siap masak sibuk nak makan pulak kan..padahal esoknya dah tak puasa boleh melantak segalanya...haha..tp inilah hakikat yang berlaku setiap kali malam raya..

  • Malam AidilAdha- malam ni pun sama, tp tak lah semeriah malam AidilFitri. biasa2 aja sebab kampung mak ayah di Pahang. so AidilAdha disambut biasa2 aja..InsyaAllah lepas ini akan perbaiki diri dan lebih menghargai dan manfaatkan malam2 tersebut..

Marilah kita sama2 banyakkan amalan pada malam tersebut. Tidak dilupakan juga pada malam2 yang lain..Cuma pada malam ini Allah beri lebih banyak kelebihan buat hambaNya yang mengingati-Nya pada malam2 tersebut. Amin..