Mar 28, 2013

Aku haramkan duit itu..

Pada Ahad yg lepas, aku sekeluarga ke KL menghantar adik2 iparku pulang ke kolej. Seorang di  UM dan seorang lagi di UKM Kampus KLyang juga merupakan tempatku menuntut ilmu suatu ketika dahulu. 

Sesudah itu, aku, suami dan anak ke Kg Baru untuk menikmati makan malam kami. Kami telah memilih western food sebagai habuan pada malam tersebut. 

Disebabkan kami tiba hampir waktu maghrib, kami memilih untuk solat maghrib terlebih dahulu. 

Iyelah, bila dah makan mesti nak menikmati makanan so akan ambil masa yang lama. Takut2 nanti terlepas maghrib pula. Maka kami bertiga menuju ke Masjid Jamed Kg Baru untuk bersolat.

Suami masuk ke kawasan parking rumah berhampiran yang mana aku juga pernah tinggal di situ suatu ketika dahulu.Tiada sebarang tanda yang menunjukkan kawasan parking tersebut milik siapa. Dan tiada orang yang "menjaga" kawasan tersebut semasa kami parking kereta. 

NAk dipendekkan cerita, setelah kenyang kami pun berangkat pulang. Sesampai di kereta, tiba2 seorang lelaki datang berhampiran kereta kami.

"Bang, RM 4 untuk parking kat sini"

Aku tak tahu ape suami jawab. Tapi kulihat dia mengeluarkan dompetnya. Tiada wang kecil lalu dia membuka pintu kereta dan meminta daripadaku. 

"Kenapa?" aku bertanya
"Org tu minta duit parking..RM 4"
"Mak aiii mahalnya...ni kan public parking..bukan dia yang buat parking ni pun.."
" Alaaa biarlah.."
"Memang aku tak halal dia makan duit tu"

Mudahnya nak buat duit kan..kalau satu parking dia amik RM 3- RM 4, bayangkan berapa dia boleh dapat untuk satu malam..

Tau tau ajelah kawasan Kg BAru tu memang terkenal dengan syurga makanan..so memamg sgt ramai orang yang datang smp jalan sesak..

Kalau ada 20 kereta, dia dah boleh dapat dalam RM60- RM80 untuk satu malam..

Tapi tak kan la hanya ada 20 buah kereta saja kan..so mmg boleh dapat lebih drpd Rm200 untuk semalaman. 

So korang kiralah sendiri berapa pendapatan dia dalam sebulan. Tanpa perlu keluarkan duit satu sen pun..maybe hanya keluar duit sikit untuk beli air sebagai penghilang dahaga sebab berjalan kesan kesini sambil melihat kereta yang parking di "kawasannya" itu. 

Aku memang sgt marah dengan orang yang macam ni. Mengambil kesempatan keatas orang lain. Cekik darah plak tu sampai RM4 per entry. Sebab tu aku tak halalkan duit tu sampai mati. 

Sememangnya aku marah. Tetapi oleh kerana takut di apa2kan aku, suami, anak dan kereta, maka terpaksalah juga kami membayar "perkhidmatan mereka" itu. 

Persoalannya disini ialah, kepada siapa / pihak berkenaan boleh diadukan perkara seperti ini?

Apakah tindakan yang patut dilakukan bila berdepan lagi dengan situasi seperti ini? Adakah patut bayar, atau pergi sahaja dari situ?

Kalau korang, korang buat ape?





Mar 20, 2013

Pakistan si pemotong rumput- cerita2#

# Cerita 2#

6: 30 pm-baru pulang dari kerja sambil berehat melayan si Melur..

Tettttt...tteetttt...tteettt..

Rupanya si Pakistan potong rumput.. (yg ni org lain plak)

"Kakak, mau potong rumput? Rumput sudah panjang.."
"Berapa awak mau?"
"Kakak selalu berapa?"
"RM15."
"RM20 boleh kakak?"
"mm ok. potong dan sapu"
"boleh"

Sambil memerhati cara dia potong rumput dari dalam rumah..
Mmm bagus kerja dia ni..buat kerja betul..potong pendek smp ke tanah..siap suruh keluarkan kereta takut terkena batu..

Dalam hati cakap "boleh la tambah lg RM5 kt dia ni"..


Bila dah siap potong, dia ambil penyapu kumpulkan rumput kat satu tempat..

"kakak, boleh tambah RM5 lg? ini kawasan besar la..bayak rumput.."
"OK.." (terus aku ok sebab mmg dah niat dlm hati nk bg RM25..lgpun kerja dia bagus)..

Siap sapu semua rumput, RM25 hubby hulurkan..

"Terima kasiih.."
"Dah berapa lama tinggal Malaysia?"
"Lima tahun..dulu sy accident, kereta langgar..Koma sebulan dekat Hospital Putrajaya..kaki ada pasang dua besi (sambil tunjuk bahagian peha dan betis) Bayar RM15K kos perubatan. Sy pinjam kawan..RM10K dah byr..hutang lg 5k.."
"oo.."
"adik saya dtg sini..bayar RM6K utk permit..tak sampai setahun kerja, accident, mati..saya bayar 3k untuk urus jenazah hantar pulang.."
"mm kesianny..lain kali kalo nak suruh potong rumput macam mana?"
"boleh ambil nombor saya"
"ok..awk hati2 bawak moto..terima kasih..nanti rumput sudah panjang sy telefon"

mm begitulah ceritanya..(sebenarnya panjang lg)

Kalau kita buat kerja elok, org puas hati, mesti org akan panggil lagi..itulah prinsip aku.. tapi kalau org buat taik mmg sekali je lah engkau berurusan dengan aku..macam tu jugak dengan kerja..biarlah kerja yang kita buat tu betol2 siap n sempurna..jangan sampai menyusahkan org lain..peringatan untuk diri sendiri jugak..

Tapi cerita ke-2 ni mmg menyayat hati sikit..tak tau lah dia tipu or reka cerita bagi org simpati...tp dari cara n  gaya dia aku tau yang dia tak menipu..sampai ke mlm tu aku masih kesiankan dia..kalau umur panjang, mmg aku akn panggil lagi utk potong rumput..harap dia tak seperti si pakistan yang pertama..

Ape yg dpt aku perhatikan dari pakistan ni:
1) Dia sgt bersyukur diberi peluang melihat dunia ni lagi, boleh hidup sihat semula dan bekerja semula
2) Dari cara dia kerja mmg dia ikhlas..walaupun hanya dapt sebuah rumah sahaja pd hari itu..
3) Sepanjang perbualan kami, tapi dia tak merungut sedikit pun pasal hidup dia susah..semua tu rezeki tuhan
     katanya..

Untuk teladan diri sendiri juga...

"kalau kita rasa hidup kita ni susah, sebenarnya ada lagi org yang jauh lebih susah dari kita..bersyukur lah atas segala nikmat yang telah tuhan berikan..sikit atau banyak semuanya datang dariNya dan diatas usaha kita juga.."

Jadi jangan cepat melatah bila di uji olehNya..



Pakistan si pemotong rumput- cerita 1#

# Cerita 1#

"Kakak, mau potong rumput? sudah panjang la kakak..kasi saya potong la.."
"RM 15 mau?"
"Tak boleh la kakak..ini rumah besar..rumput pun banyak panjang.."
"RM15 saja. Kalau mau, potong..kalau tak nak tak payah potong.."
"Potong saja..tada sapu.."
"Ok..saya boleh sapu sendiri...potong saja.."

Selesai kerja, RM15 dihulurkan..

"Terima kasih ya kakak..ini hari satu rumah saja potong..kakak rumah..RM15 saja.."
"Lainkali kalau potong dekat rumah ni RM15 saja..tak boleh lebih"
"Kakak call saya kalau mau potong"
"Ok nnt saya call"
017-XXXXX- Niamat potong rumput-SAVE.

3 minggu kemudian..

"Salam..boleh datang potong rumput Rumah Ixora 22 bla bla bla.."-SEND

Sehari kemudian..

"Kakak mau potong rumput.."
"RM15 saja"
"Tak boleh la kakak..rumah sebelah RM60..ini rumah Rm40.."
"Tak boleh. hari tu saya dah cakap RM15 saja. kalau tak mau potong xpe."
"Ok la kita potong dulu..nnt bincang.."
"saya bayar RM15 saja. kalau tak mau potong tak payah potong.."

15 minit kemudian...

"Kakak sudah siap..tada sapu..potong saja..RM25.."
"sekejap saja? sapu la skali.."
"potong saja"
mmm..bagi je la..sambil hulur RM25..

SEbelah petangnya..sambil sapu rumput yang telah dipotong..

"hampeh btol pakistan potong rumput ni...dia tipu kita hidup2..rumput masih pajang...macam tak potong langsung..potong sikit2 je..dalam hati mmg sumpah seranah si pakistan tu..hubby siap plan nak beli mesin potong rumput sendiri.."

buat kerja 15 minit je nak mintak RM60..mula2 dulu sebab terdesak sgt xde kerja lagi hari tu boleh la terima RM15..tp bila kita yang panggil dia, dia demand plak nak sampai RM60..bila kita tak bagi, dia potong jugak tapi tipu..potong sikit2 je..mmg tak kan aku bagi lg kau potong lepas ni..


Semalam...

Si pakistan ni lalu depan rumah (sebab dia ada potong rumput rumah sebelah)
Tak pandang muka kita langsung...takut la agaknya tu..tp klo dia tanya "kakak mau potong rumput?" 
Memamg aku sembur habis2an...

mm selamat kau tak tanya...

Mar 18, 2013

Parenthood tips- 1

Salam Isnin..

Moga segala kerja yang dilakukan pada hari ini diberkati olehNya..

Tiada ibu bapa yang perfect di dunia ini..tetapi kita haruslah berusaha untuk mencapai ke arah itu..mungkin kita tidak perasan tindakan, perlakuan serta kata2 kita terhadap anak2 selama ini..kata2 itu merupakan suatu doa.. So, jom sama2 check balik n hayati nota dibawah..



~END~

Mar 1, 2013

# Our heart-throb




Our precious little daughter turns 20 months old today.
Despite being a very energetic little monster in the house, 
yet you are indeed a heart-throb girl!!

Song: Ya Hanana
By: Habib Syech