Showing posts with label Cik melur. Show all posts
Showing posts with label Cik melur. Show all posts

May 31, 2012

Wahh..sangat lama tidak berblog...juz berblog walking sana-sini..hehe..

ok kita dahulukan dengan Bismillahirrahmanirrahim..;p

Sangat byk kisah yang terjadi sepanjang blog ni kutinggalkan..tp biarlah ianya rahsia...hehe

Sebenarnya hidup sangat bz dengan segala urusan duniawi yg tak kan pernah habis..tp nak buat macam mana.. itulah reality kehidupan yg kita mesti juga kita lalui sebelum menempuh alam SANA..

update kali ni pun xde rasa nak bercerita panjang..juz nak tepet gambar2 Cik Melur yang akan turns to 11 months old tomorrow...next month dah 1 year...cepatnya la masa berlalu..

Cik Melur's update:

  • 9M- start belajar berjalan..jalan-jatuh-bangun sml-jatuh lagi..belajar dgn gigih..
  • 10M- Dah cekap berjalan mula la pulak nak merayau sana-sini. Segala pintu bilik, bilik air, almari kena   tutup. Kalau tak mesti akan huru hara bilik tu..
  • "mengemas" pun teramat lah pandai sekarang ni...tak boleh tengok buku, paper or whatever benda atas rack/ meja mesti akan tarik ke bawah smp la clear rack tu..
  • kalau pergi dapur plak duk punggah segala tupperware yg ada..
  • "mamma" "abah" dah boleh sebut dgn clearnya...yg ni mama suka..;p Mulut pun boleh tahan becok..ambil buku sambil mulut bebel2..haha..
  • bila masuk kereta je mesti nak turn the wiper siap sekali ngn pancut air..kasi cuci itu cermin la...sambil jerit2 sengih nampak gigi kapak 4 batang..
ok la..td cakap nk cerita sikit je terjadi panjang lah pulak...kita layan gambar Cik Melur la plak..

Main tudung2..

"mama, sy nak main...xnk tido lagi la.."

Si Lady Bird mama n abah..

Ni muka sedih sbb mama nak hantar g taska..pandang mama pun xnk..

Saya Sangat Happy!! yeay!

Mama n abah melantak pizza, sy makan biskut tiger je...

Help me...i want to go out!! 

Melur..mama sayang kamu..

Syok aa duduk kt troli ni...tp kdang2 sy nangis nak keluar..


Mar 7, 2012

Ubat pulang kerja..

Semalam pulang dari kerja agak lewat. Pukul 6.30 baru smp rumah..huhu maafkan mama sayang sebab lewat.. Bila smp depan pintu rumah ada bunyi macam org ketuk2 dari belakang pintu. Sah, ni mesti kerja melur ni ada kat belakang pintu dengan walker dia. Dia la yang langgar belkang pintu tu..

Lepas tu buka pintu perlahan2, tengok memang betul dia ada di situ. Dari celah pintu intai dia, tbe2 dia pun sama tengah intai kita. Terus senyum tengok mama dia..mayb dah lama sangat tunggu mama dia tak sampai2 kot. Sejuk hati mama..hilang semua penat kerja bila disambut si kecil dengan senyuman lebar..=)

Bila buka pintu luas2 tengok xde pun org dalam rumah. Aik mana pulak abah ni, tinggal melur main sorang2.. Panggil2 abah pun xde sahutan. Dalam hati cakap mayb dlm toilet agaknya ni..

Tiba2. Haaaaa!!!!!!

Mak ai luruh jantung aku!!! Abah sergah dari belakang pintu. Memamng terkejut beruk dibuatnya. Melur pun sama bersubahat dengan abah untuk kenakan mama..Tersengih je tengok mama terkejut. Patutla dia asyik tengok2 dekat belakang pintu tu.. Rupanya ada abah dia menyorok nak kejutkan mama..

Huu kecik2 lagi dah pandai ye subahat kenakan mama..sayang mama ni memang la..tengok muka sengih xde gigi lagi tu terus tak jadi nak marah..alahai anak mama..

To date achievement:
- 8 months old on last 1st march.
- Dah pandai duduk dengan tegap.
- Dah merangkak bukan lg merayap. Tp bila kena kejar dengan abah n nak lari cepat2, dia akan merayap.
- Makan bubur tak payah blend lagi.
- Kuat makan. Tapi badan tak naik2 jugak.

Budak demam mata sepet baru bangun tido. (2minggu lepas)

Tengah tunggu turn check up, tu pun nak melasak bagai..@ KK Salak

Dua orang kesayangan mama =)

Mama ngan abah jangan kacau sarah nak tengok upin ipin ni..


-Sekian-

Feb 14, 2012

Melur DAh pandai duduk!

Hampir 2 minggu tidak menulis..Hidup sangat busy..hal keluarga, hal kerja yang memang tiada kesudahan..blog ini wujud adalah lebih kepada catatan perkembangan si comel saya di samping aktiviti kehidupan yang saya jalani. It is quite bored actually. If u think it is not worth to read, just leave this blog. I don't mind. Because this is just a simple journey of a new mother in growing up her child.

Melur sekarang dah 7.5 bulan. Alhamdulillah dah pandai duduk sikit2. Hampir 2 minggu juga dia bekerja keras belajar duduk. And now boleh dikatakan sudah berjaya. Mungkin lg 2 minggu akan berjaya sepenuhnya. Sekarang ni masih perlu di support dari belakang apabila dia dah berjaya duduk tu. If tak jaga-jaga boleh terbalik semula ke belakang.

Sekarang ni jugak masa tidurnya juga berkurang. Tengah actif melasak sana sini. Hampir setiap malam berperang nak tidurkan dia. Even dah tutup semua lampu pun dia masih merayau-rayau serata tilam. Tapi yang kelakarnya dia tak berani turun drpd tilam. Maybe sebab takut keadaan di sekitar gelap. Haha. itu saja yang mama boleh buat. Sebab mama dan abah juga nak berehat cik melur oi.. Masa hujung minggu je la yang ada untuk kita main2..

Sebab  tu bila ada org yang masih ambil masa hujung minggu untuk bekerja memang aku bangkang. Masa tu je la yang ada untuk kita spent time with our family. 'Quality time' ye.. Bila lagi nak tengok anak grow up depan mata. sebab peluang tu hanya datang sekali shj. Lain anak lain karenahnya.

mm Ok lah, kita layan gambar cik melur plak...

Melur with mama. Setiap hari nak g kerja mesti start enjin mama dulu.


Si sepet.


Her favourite TV show: Upin Ipin & Hi5


Ni umur 4 bulan. Masih botak.


Sambil tengok tv hisap jari peluk cik Ulat. Terbaeekkk...