Jul 5, 2012

5 malam yang barakah..

Semalam amik cuti sebab Cik Melur demam..Demam nak besar agaknya...hehe Almaklumlah anak dara saya tu dah masuk setahun ahad lepas..makin keletah dan makin ligat..tp mulut senyap aje... orang kata budak kalau dapat kaki dulu mesti akan lambat bercakap..mm nampak gayanya betullah pepatah tu untuk Cik Melur ni..tangan kaki memang ligat tp mulut alahai katup terus... Once in a blue moon adalah jugak terdengar "Mama" "Bahbah"...ok lah tu dari tak dengar langsung kan...

Mm saja nak kongsikan kat sini, semalam ada terdengar dalam berita cerita pasal nisfu sya'ban..pastu ada ustaz ni highlight pasal 5 malam yang Allah kabulkan doa kepada hambaNya yang berdoa pada malam tersebut:

  • Malam Jumaat- malam yang memang sumer orang dah tau banyak hikmatnya.. sebab tu masa kat sekolah dulu2 tiap2 malam jumaat akan ada baca Yasin kat surau..itu pun kadang2 mengelat jugak..Almaklumah zaman remaja riang ria lah katakan..

  • Malam 1 Rejab- Yang ni aku baru tau..tp kebaikan bulan rejab memang banyak dan ada hari2 istimewa bulan rejab seperti Israk mikraj, Hijrah pertama dalam islam juga berlaku dlm bulan rejab. Sebab tu kita disunatkan banyakan berpuasa di bulan rajab atau bulan Allah ini..

  • Malam nisfu Sya'ban atau 15 sya'ba. Nisfu=separuh. (nak tau lebih lanjut silalah tanya En. gogle sebab diri sendiri pun baca dr sumber2 dr google jugak. tp perlu berhati2 dan pilih sumber2 yang boleh dipercayai sahaja)

  • Malam AidilFitri- Malam ni sepatutnya kita perbanyakan amalan dan bertakbir. Tp selalunya malam ni la sibuk nak masak rendang, ketupat, main bunga api dsb (bukan cakap kt org lain tp diri sendiri). Bila dah siap masak sibuk nak makan pulak kan..padahal esoknya dah tak puasa boleh melantak segalanya...haha..tp inilah hakikat yang berlaku setiap kali malam raya..

  • Malam AidilAdha- malam ni pun sama, tp tak lah semeriah malam AidilFitri. biasa2 aja sebab kampung mak ayah di Pahang. so AidilAdha disambut biasa2 aja..InsyaAllah lepas ini akan perbaiki diri dan lebih menghargai dan manfaatkan malam2 tersebut..

Marilah kita sama2 banyakkan amalan pada malam tersebut. Tidak dilupakan juga pada malam2 yang lain..Cuma pada malam ini Allah beri lebih banyak kelebihan buat hambaNya yang mengingati-Nya pada malam2 tersebut. Amin..

Jun 20, 2012

Buat cik Abah:


Happy Father's Day Cik Abah!!

We both love you so much!!

Thank you for everything you have done to cheer up our family..

Thank you for being a an understanding husband as well Abah..

Thank you for everything!

Millions of thank you!

You are such a great father!!

mmmuuuaaahhh!!!

Melur: I love this place sooo much!!

Thank you for bring me here everyday!! 

May 31, 2012

Wahh..sangat lama tidak berblog...juz berblog walking sana-sini..hehe..

ok kita dahulukan dengan Bismillahirrahmanirrahim..;p

Sangat byk kisah yang terjadi sepanjang blog ni kutinggalkan..tp biarlah ianya rahsia...hehe

Sebenarnya hidup sangat bz dengan segala urusan duniawi yg tak kan pernah habis..tp nak buat macam mana.. itulah reality kehidupan yg kita mesti juga kita lalui sebelum menempuh alam SANA..

update kali ni pun xde rasa nak bercerita panjang..juz nak tepet gambar2 Cik Melur yang akan turns to 11 months old tomorrow...next month dah 1 year...cepatnya la masa berlalu..

Cik Melur's update:

  • 9M- start belajar berjalan..jalan-jatuh-bangun sml-jatuh lagi..belajar dgn gigih..
  • 10M- Dah cekap berjalan mula la pulak nak merayau sana-sini. Segala pintu bilik, bilik air, almari kena   tutup. Kalau tak mesti akan huru hara bilik tu..
  • "mengemas" pun teramat lah pandai sekarang ni...tak boleh tengok buku, paper or whatever benda atas rack/ meja mesti akan tarik ke bawah smp la clear rack tu..
  • kalau pergi dapur plak duk punggah segala tupperware yg ada..
  • "mamma" "abah" dah boleh sebut dgn clearnya...yg ni mama suka..;p Mulut pun boleh tahan becok..ambil buku sambil mulut bebel2..haha..
  • bila masuk kereta je mesti nak turn the wiper siap sekali ngn pancut air..kasi cuci itu cermin la...sambil jerit2 sengih nampak gigi kapak 4 batang..
ok la..td cakap nk cerita sikit je terjadi panjang lah pulak...kita layan gambar Cik Melur la plak..

Main tudung2..

"mama, sy nak main...xnk tido lagi la.."

Si Lady Bird mama n abah..

Ni muka sedih sbb mama nak hantar g taska..pandang mama pun xnk..

Saya Sangat Happy!! yeay!

Mama n abah melantak pizza, sy makan biskut tiger je...

Help me...i want to go out!! 

Melur..mama sayang kamu..

Syok aa duduk kt troli ni...tp kdang2 sy nangis nak keluar..