Sep 19, 2013

Duhai anak..

Duhai anak..
Penghibur di kala duka..
Pengubat di kala lara..
Penyeri hidup mama dan abah..
Moga menjadi anak yang solehah..
Moga menjadi Kakak yang tabah..
Moga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat..


......


......


kita layan dulu gambar2 lama si Melur ni..
(mood rindu anak)

.......































~END~

Apr 3, 2013

She got a lesson!





People..
if your job make you have to deal with other people..
like customer service.. service counter..
 please be nice..
 speak politely..
be friendly..
And treat them equally..

 If NOT..
you will get thousands of complaints about your manner..
about your attitude..
 and you will not grow up..

Just Because...



That is what happened today..because of your attitude, rudely answer my call, doesn't let me finish my sentences, broke your promise..double standard..
With all these kind of attitude..
you just don't deserve to be a front desk person..

You got your lesson today!

-END-

Mar 28, 2013

Aku haramkan duit itu..

Pada Ahad yg lepas, aku sekeluarga ke KL menghantar adik2 iparku pulang ke kolej. Seorang di  UM dan seorang lagi di UKM Kampus KLyang juga merupakan tempatku menuntut ilmu suatu ketika dahulu. 

Sesudah itu, aku, suami dan anak ke Kg Baru untuk menikmati makan malam kami. Kami telah memilih western food sebagai habuan pada malam tersebut. 

Disebabkan kami tiba hampir waktu maghrib, kami memilih untuk solat maghrib terlebih dahulu. 

Iyelah, bila dah makan mesti nak menikmati makanan so akan ambil masa yang lama. Takut2 nanti terlepas maghrib pula. Maka kami bertiga menuju ke Masjid Jamed Kg Baru untuk bersolat.

Suami masuk ke kawasan parking rumah berhampiran yang mana aku juga pernah tinggal di situ suatu ketika dahulu.Tiada sebarang tanda yang menunjukkan kawasan parking tersebut milik siapa. Dan tiada orang yang "menjaga" kawasan tersebut semasa kami parking kereta. 

NAk dipendekkan cerita, setelah kenyang kami pun berangkat pulang. Sesampai di kereta, tiba2 seorang lelaki datang berhampiran kereta kami.

"Bang, RM 4 untuk parking kat sini"

Aku tak tahu ape suami jawab. Tapi kulihat dia mengeluarkan dompetnya. Tiada wang kecil lalu dia membuka pintu kereta dan meminta daripadaku. 

"Kenapa?" aku bertanya
"Org tu minta duit parking..RM 4"
"Mak aiii mahalnya...ni kan public parking..bukan dia yang buat parking ni pun.."
" Alaaa biarlah.."
"Memang aku tak halal dia makan duit tu"

Mudahnya nak buat duit kan..kalau satu parking dia amik RM 3- RM 4, bayangkan berapa dia boleh dapat untuk satu malam..

Tau tau ajelah kawasan Kg BAru tu memang terkenal dengan syurga makanan..so memamg sgt ramai orang yang datang smp jalan sesak..

Kalau ada 20 kereta, dia dah boleh dapat dalam RM60- RM80 untuk satu malam..

Tapi tak kan la hanya ada 20 buah kereta saja kan..so mmg boleh dapat lebih drpd Rm200 untuk semalaman. 

So korang kiralah sendiri berapa pendapatan dia dalam sebulan. Tanpa perlu keluarkan duit satu sen pun..maybe hanya keluar duit sikit untuk beli air sebagai penghilang dahaga sebab berjalan kesan kesini sambil melihat kereta yang parking di "kawasannya" itu. 

Aku memang sgt marah dengan orang yang macam ni. Mengambil kesempatan keatas orang lain. Cekik darah plak tu sampai RM4 per entry. Sebab tu aku tak halalkan duit tu sampai mati. 

Sememangnya aku marah. Tetapi oleh kerana takut di apa2kan aku, suami, anak dan kereta, maka terpaksalah juga kami membayar "perkhidmatan mereka" itu. 

Persoalannya disini ialah, kepada siapa / pihak berkenaan boleh diadukan perkara seperti ini?

Apakah tindakan yang patut dilakukan bila berdepan lagi dengan situasi seperti ini? Adakah patut bayar, atau pergi sahaja dari situ?

Kalau korang, korang buat ape?