Feb 15, 2012

Hari ini..

Morning..hari ni terbangun lambat sikit sebab semalam tido lewat. Tp sepanjang minggu ni memang ada improvement dari segi bgn pagi. Mesti dikekalkan sehingga 40 hari. Orang kata if kita buat sesuatu selama 40 hari berturut2, ia akan menjadi habit dan akan kekal seterusnya. Habit bagus haruslah dikekalkan. Memang termasuk dalam azam tahun 2012 ni nak perbaiki diri untuk bangun awal dan pergi kerja awal..harap2 ianya menjadi..


Antara azam tahun 2012 ini juga ialah untuk memiliki sebuah rumah idaman. Hehe tak tahulah idaman ke tak. Tapi yang pastinya ianya bakal menjadi kenyataan tak lama lagi. Walaupun rasa sangat susah untuk membuat pilihan yang ada dan hati berbelah bahagi tapi harap2 pilihan ini adalah yang terbaik sekali untuk seisi keluarga. (mm kenapalah aku ni sgt susah utk membuat pilihan. kalau tak de pilihan pun susah juga). 


Juga sekarang tengah menjalankan aktiviti yang baru iaitu berkebun. Berkebun dalam pasu jer..hehe. Dah start dengan semaian anak benih sawi, kangkung, salad and tomato pada sabtu lepas. Dan anak benih telah pun bercambah dan minta di alihkan ke tempat (pasu) yang lebih selesa untuk membesar. Harap2 dalam masa sebulan (agaknya la) dapat menuai hasilnya. Dah tak payah beli dekat pasar lg...hehe..yang penting dapat elakkan dari memakan vege yang menggunakan pesticide. Tapi satu benda yang sgt2 takut untuk berkebun ni ialah ulat bulu. Ya Allah jauhkan makhluk itu dariku..


Dalam minggu ni terasa banyak benda yang berlaku. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan moga setiap keputusan yang dibuat (terutama pembelian rumah) adalah di naungi rahmatNya..

No comments:

Post a Comment