Feb 14, 2012

Melur DAh pandai duduk!

Hampir 2 minggu tidak menulis..Hidup sangat busy..hal keluarga, hal kerja yang memang tiada kesudahan..blog ini wujud adalah lebih kepada catatan perkembangan si comel saya di samping aktiviti kehidupan yang saya jalani. It is quite bored actually. If u think it is not worth to read, just leave this blog. I don't mind. Because this is just a simple journey of a new mother in growing up her child.

Melur sekarang dah 7.5 bulan. Alhamdulillah dah pandai duduk sikit2. Hampir 2 minggu juga dia bekerja keras belajar duduk. And now boleh dikatakan sudah berjaya. Mungkin lg 2 minggu akan berjaya sepenuhnya. Sekarang ni masih perlu di support dari belakang apabila dia dah berjaya duduk tu. If tak jaga-jaga boleh terbalik semula ke belakang.

Sekarang ni jugak masa tidurnya juga berkurang. Tengah actif melasak sana sini. Hampir setiap malam berperang nak tidurkan dia. Even dah tutup semua lampu pun dia masih merayau-rayau serata tilam. Tapi yang kelakarnya dia tak berani turun drpd tilam. Maybe sebab takut keadaan di sekitar gelap. Haha. itu saja yang mama boleh buat. Sebab mama dan abah juga nak berehat cik melur oi.. Masa hujung minggu je la yang ada untuk kita main2..

Sebab  tu bila ada org yang masih ambil masa hujung minggu untuk bekerja memang aku bangkang. Masa tu je la yang ada untuk kita spent time with our family. 'Quality time' ye.. Bila lagi nak tengok anak grow up depan mata. sebab peluang tu hanya datang sekali shj. Lain anak lain karenahnya.

mm Ok lah, kita layan gambar cik melur plak...

Melur with mama. Setiap hari nak g kerja mesti start enjin mama dulu.


Si sepet.


Her favourite TV show: Upin Ipin & Hi5


Ni umur 4 bulan. Masih botak.


Sambil tengok tv hisap jari peluk cik Ulat. Terbaeekkk...

No comments:

Post a Comment