Mar 20, 2013

Pakistan si pemotong rumput- cerita2#

# Cerita 2#

6: 30 pm-baru pulang dari kerja sambil berehat melayan si Melur..

Tettttt...tteetttt...tteettt..

Rupanya si Pakistan potong rumput.. (yg ni org lain plak)

"Kakak, mau potong rumput? Rumput sudah panjang.."
"Berapa awak mau?"
"Kakak selalu berapa?"
"RM15."
"RM20 boleh kakak?"
"mm ok. potong dan sapu"
"boleh"

Sambil memerhati cara dia potong rumput dari dalam rumah..
Mmm bagus kerja dia ni..buat kerja betul..potong pendek smp ke tanah..siap suruh keluarkan kereta takut terkena batu..

Dalam hati cakap "boleh la tambah lg RM5 kt dia ni"..


Bila dah siap potong, dia ambil penyapu kumpulkan rumput kat satu tempat..

"kakak, boleh tambah RM5 lg? ini kawasan besar la..bayak rumput.."
"OK.." (terus aku ok sebab mmg dah niat dlm hati nk bg RM25..lgpun kerja dia bagus)..

Siap sapu semua rumput, RM25 hubby hulurkan..

"Terima kasiih.."
"Dah berapa lama tinggal Malaysia?"
"Lima tahun..dulu sy accident, kereta langgar..Koma sebulan dekat Hospital Putrajaya..kaki ada pasang dua besi (sambil tunjuk bahagian peha dan betis) Bayar RM15K kos perubatan. Sy pinjam kawan..RM10K dah byr..hutang lg 5k.."
"oo.."
"adik saya dtg sini..bayar RM6K utk permit..tak sampai setahun kerja, accident, mati..saya bayar 3k untuk urus jenazah hantar pulang.."
"mm kesianny..lain kali kalo nak suruh potong rumput macam mana?"
"boleh ambil nombor saya"
"ok..awk hati2 bawak moto..terima kasih..nanti rumput sudah panjang sy telefon"

mm begitulah ceritanya..(sebenarnya panjang lg)

Kalau kita buat kerja elok, org puas hati, mesti org akan panggil lagi..itulah prinsip aku.. tapi kalau org buat taik mmg sekali je lah engkau berurusan dengan aku..macam tu jugak dengan kerja..biarlah kerja yang kita buat tu betol2 siap n sempurna..jangan sampai menyusahkan org lain..peringatan untuk diri sendiri jugak..

Tapi cerita ke-2 ni mmg menyayat hati sikit..tak tau lah dia tipu or reka cerita bagi org simpati...tp dari cara n  gaya dia aku tau yang dia tak menipu..sampai ke mlm tu aku masih kesiankan dia..kalau umur panjang, mmg aku akn panggil lagi utk potong rumput..harap dia tak seperti si pakistan yang pertama..

Ape yg dpt aku perhatikan dari pakistan ni:
1) Dia sgt bersyukur diberi peluang melihat dunia ni lagi, boleh hidup sihat semula dan bekerja semula
2) Dari cara dia kerja mmg dia ikhlas..walaupun hanya dapt sebuah rumah sahaja pd hari itu..
3) Sepanjang perbualan kami, tapi dia tak merungut sedikit pun pasal hidup dia susah..semua tu rezeki tuhan
     katanya..

Untuk teladan diri sendiri juga...

"kalau kita rasa hidup kita ni susah, sebenarnya ada lagi org yang jauh lebih susah dari kita..bersyukur lah atas segala nikmat yang telah tuhan berikan..sikit atau banyak semuanya datang dariNya dan diatas usaha kita juga.."

Jadi jangan cepat melatah bila di uji olehNya..



No comments:

Post a Comment