Feb 2, 2012

Serangan Cik Ti!

Isnin lalu aku balik kerja awal. Sebab lab tiada elektrik dari petang ahad lagi. Masa on the way tu dah plan nak kemas dapur laa.. Memang dah lama plan nak basuh dapur tu sejak berlaku serangan Cik Ti 2 bulan lepas. Cik Ti tu aka TIKUS ye..aku berjaya menumpaskan anak beranak Cik Ti sebanyak 3 ekor. Yang tinggal hanyalah sisa2 tinggalan Cik Ti ni masih ada kat dapur tu. Tu yang plan nak basuh je la dapur bagi wangi semula..hehe..

Sesampai dirumah, rehat2 jap then terus ambil penyapu kemas dapur. So petang tu amatlah bekerja keras, bermandi peluh membasuh. Selepas 2jam berhempas pulas, then boleh senyum lihat dapur sudah cantik. Wah semangat untuk memasak telah kembali.!

BUT….bangun tido pagi semalam (rabu) tiba2 hidung ni terbau busuk? Aik, tak kan bau dari pampers cik Melur ni..Mintak hubby tolong buang sampah. Tapi petang tu masih berbau semacam lagi. Mm rasanya dapur ku yang wangi itu telah dicemari kembali. So malam tadi pasang perangkap dengan umpan ikan bilis aje.

Hubby terbangun pukul 3 pergi dapur then ternampak…jeng jeng jeng…perangkap sudah mengena..Mari kita lihat ape yang kena!!! haha padan muka kau Cik Ti! Inilah akibat membuat onar di dapur rumahku. Akan ku cari sampai ke lubang rumahmu…seekor telah berjaya ditumpaskan. Malam ni nak pasang perangkap lagi Sebab mak cakap tikus ni dia bukan hidup sebatang kara, ada anak bini dia. So pasang lagi..lagi dan lagi..hinggalah pupus anak bini dia.


 
Inilah akibat baut onar di dapur rumahku..
lepas ni pesan dekat anak cucu jgn masuk rumah ni lg...

till then..(";)

No comments:

Post a Comment